SINGAPURA: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih S$20,000 atau bersamaan dalam mata wang asing, perlu menghantar pengisytiharan yang dikehendaki secara elektronik berkuat kuasa dari 13 Mei ini.
Jabatan Perhubungan Awam Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada tarikh sama.
Mata wang fizikal adalah syiling atau wang kertas sementara instrumen boleh niaga (BNI) merupakan cek kembara atau sebarang instrumen boleh niaga seperti bil pertukaran, cek atau nota janji hutang, bon pembawa, kiriman wang dan wang pos.
"Pengisytiharan CBNI membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram. Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI secara elektronik akan disediakan mulai 10 Mei 2024 kepada pengembara yang akan tiba atau meninggalkan Singapura pada atau selepas 13 Mei 2024," kata jabatan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pengembara perlu melengkapkan pengisytiharan CBNI sebelum tiba ke pusat pemeriksaan Singapura di laman sesawang Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di https://go.gov.sg/cbnideclaration atau aplikasi mudah alih MyICA.
Penghantaran boleh dibuat sehingga tiga hari sebelum tiba atau meninggalkan Singapura.
Pengembara akan menerima makluman menerusi e-mel selepas hantaran berjaya dibuat yang boleh digunakan sebagai bukti pengisytiharan kepada pegawai ICA apabila diperlukan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Penghantaran boleh dibuat sehingga tiga hari sebelum tiba atau meninggalkan Singapura.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Tukang gunting rambut tidak mengaku salah lakukan rompakan bersenjata
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan terhadap seorang lelaki.
Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta
KUALA LUMPUR 28 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran serbuk dadah jenis MDMA (Methylenedioxymethamphetamine) dianggarkan bernilai
AWANI Ringkas: Projek rintis DRT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
[TERKINI] Ucaptama Perdana Menteri sempena Ekspo Semicon Asia Tenggara
Peniaga wanita mengaku miliki 102 alat mainan seks
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan permainan seks.
VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa sepenuhnya 1 Okt - Loke
Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, k
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
Nahas helikopter TLDM: Laporan penuh didedahkan minggu depan - Khaled Nordin
Laporan penuh nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.
KKM laksana projek perintis pemakaian gelang pengawasan digital kepada individu kuarantin
Sebanyak 1,000 peranti telah digunakan kepada pengembara dari luar negara yang mendapat kebenaran menjalani kuarantin di rumah, katanya.
Pengembara dari Indonesia tiba di Malaysia catat kes positif tertinggi COVID-19
Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan berkata jumlah itu mewakili 0.85 peratus daripada jumlah keseluruhan mereka yang tiba sehingga semalam.
Aplikasi perantauan Flexiroam dilancarkan di Malaysia
Pengembara tegar kini tidak lagi perlu membeli kad sim fizikal apabila melancong ke luar negara.